Menu
Malapetaka Stadium Kanjuruhan ReaksiTragedi ini mendapat reaksi daripada pelbagai pihak dalam dunia bola sepak. Presiden FIFA Gianni Infantino, menyatakan bahawa dunia bola sepak terkejut atas tragedi ini. Ia juga menyampaikan takziah terhadap mangsa terkorban dan menyatakan tragedi ini sebagai "hari yang gelap bagi semua pihak yang terlibat dalam bola sepak".[43] Ucapan juga disampaikan oleh kelab-kelab bola sepak menerusi media sosial, termasuk Manchester United, Barcelona dan Arsenal. La Liga dan RFEF bersepakat untuk bertafakur selama seketika sebelum perlawanan sebagai bentuk penghormatan terhadap mangsa tragedi.[44] Hal serupa juga dilakukan Eredivisie (Belanda) dalam baki lima perlawanan pada minggu kelapan kejohanan.[45]
Di luar bidang sukan, tragedi ini juga mendapat perhatian orang-orang berkepentingan di seluruh dunia. Paus Fransiskus juga memberikan doa kepada mangsa tragedi ketika memimpin misa dari sebalik jendela menghadap ke Basilika Santo Peter di Kota Vatikan.[46]
Menu
Malapetaka Stadium Kanjuruhan ReaksiBerkaitan
Malapetaka kedai minuman East London 2022 Malapetaka lombong jed Hpakant 2020 Malapetaka Hindenburg Malapetaka Stadium Kanjuruhan Malapetaka ultralembayung Malapetaka bauksit Kuantan 2015–16Rujukan
WikiPedia: Malapetaka Stadium Kanjuruhan